icon-search
icon-search

Kuah Lodeh

Kuah Lodeh

Bahan-bahannya : 

Bahan Sayur-sayuran. (potong memanjang anggaran 3cm)

  • 1 biji lobak merah.
  • 1 biji sengkuang saiz kecil.
  • 1 biji terung panjang.
  • 5 batang kacang panjang.
  • 2 biji cili merah besar.
  • 2 biji cili hijau besar.
  • 2 ketul tempe.
  • 1.5 liter air.
  • 2 ketul tauhu. (goreng dan hiris)
  • 250gm udang segar. (buang kulit)
  • 1 peket fucuk dan suhun. (rendam bagi lembut) *boleh ditambah 5 helai daun salam, 2 helai daun kunyit & 7 helai daun limau purut.
  • RM2 santan kelapa.
  • 11/2 sudu besar garam.
  • 1/2 sudu besar gula.

Bahan-bahan Tumis.

  • 1 biji bawang besar. 
  • 5 ulas bawang merah kecil. 
  • 7 ulas bawang putih. 
  • 3 cm lengkuas. 
  • 3 cm kunyit. 
  • 3 biji buah keras. 
  • 3 cm belacan. 
  • 1 sudu besar udang kering. (rendam bagi lembut) 
  • 3 batang serai. (diketuk) 
  • 1 peket 10gm Sup Punjut Tradisional Waqiah

Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Cuci dan potong memanjang anggaran 3cm setiap sayur-sayuran di atas.
  2. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan kesemua sayur-sayuran di atas kecuali fucuk dan suhun.
  3. Masak sayur-sayuran separa empuk. Guna api perlahan.
  4. Sementara itu, kisar semua bahan tumis kecuali Sup Punjut Tradisional Waqiah.
  5. Panaskan minyak anggaran 1/2 cawan di dalam kuali. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis yg telah dikisar tadi.
  6. Masukkan juga 3 batang serai yg telah diketuk. Seterusnya masukkan sepeket rempah-ratus Sup Punjut Tradisional Waqiah (buka punjut sup). Tumis seketika hingga naik bau.
  7. Setelah itu, masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk sayur-sayuran. Kacau bagi sekata.
  8. Jika kuahnya nampak agak pucat, masukkan sedikit serbuk kunyit. Kemudian masukkan garam dan gula.
  9. Akhir sekali masukkan santan dan kacau kuah sehingga kuah mendidih dan sayuran empuk. Setelah itu perlahankan api dan masukkan fucuk dan suhun.
  10. Kacau bagi sekata, biar sebentar, baru tutup api.

Siap dah kuah lodeh yg istimewa ini. Sedap dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang. 

Selamat Mencuba! dari Dapur An Nuur ke Dapur Anda…



Sebelumnya

Bakul anda masih kosong.
Terus membeli-belah